KURSUS INDUKSI KUMPULAN 1 AMBILAN 7/ 2009

Pada 13 hb Ogos hingga 27 hb Ogos 2009 yang lalu sensei telah diarahkan untuk menghadiri Kursus Induksi. Kursus ini adalah wajib bagi kakitangan kerajaan atau penjawat awam bagi mengesahkan jawatan dalam perkhidmatan. Kursus yang diadakan di Uptown Hotel, Pulau Pangkor mula2 memang boring sangat sensei rasa. Yela, kena tinggalkan sekolah :-), berjauhan dengan isteri dan kena pulak berkursus dalam bulan ramadhan. Terasa sangat mula2, dengan jadual yang padat, berceramah dari pagi hingga malam. Tapi semua tu xperlu dijadikan alasan kerana pada pendapat sensei kursus seperti ini akan dapat meningkatkan motivasi diri dan semangat kerja berpasukan. Banyak pengajaran dan pengalaman boleh ditimba bersama. Macam biasa la, mula2 pergi rasa boring, tapi bila dah nak balik asa sayang pulak nak tinggal kawan2.. sedikit kenangan kepada semua. Moga persahabatan yang berbentuk di Uptown Hotel, Pulau Pangkor akan kekal hingga ke syurga. AMin...













Salam Ramadhan AL-Mubarak

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna"
"Agar dapat ku tempuhi dengan sempurna"

Itulah antara lirik2 yang hebat bekumandang menjelang Ramadhan setiap tahun. Nyanyian Man Bai dan kumpulan Raihan.. Bukan sekadar nyanyian semata-mata. Kita sebagai makhluk tuhan diatas muka bumi ini perlu menghayati dan melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini dengan bersungguh-sungguh dan seikhlas hati. Menjaga perkara yang membatalkan puasa atau mengurangkan pahala ibadah kita.

Apabila berkata tentang puasa, banyak faedah yang boleh kita perolehi daripadanya. Nyata ilmu ALLAH sangat luas dan setiap perkara yang diadakan ini mempunyai berbagai khasiat atau faedah untuk fizikal mahupun bukan fizikal. Selain dapat menjauhkan nafsu yang ada dalam diri kita, puasa juga terbukti berkesan dari sudut kesihatan.



Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, "Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut."Dalam ilmu biologi pula, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas.Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang.

Jelaslah bahawa puasa sememangnya memberi banyak manfaat kepada kita. Jadi dikesempatan ini sensei ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Mohon bebanyak keampunan. Moga kita sentiasa dalam rahmat dan redha ALLAH.

Majlis Resepsi Mat AMin

Pasangan Pengantin Amin & Effa

APa yang korang tgk tu?Tgk bapa mertua tak sampai lagi ke?

Candid pictures


Mak Ndak dan Pak Ndak

assalammualaikum..
Pada hari sabtu minggu lepas, bertarikh 8 Ogos 2009 berlansungnya majlis resepsi sepupu sensei Amin..Ala yang sensei ambil gambar nikah dia haritu.. Apapun tahniah kepada Mat Amin.. Moga dengan terbinanya masjid indah ini akan menyemarakkan lagi perkembangan Islam di atas muka bumi ini tambahan pula di akhiir2 zaman ini.. So ada sedikit kata- kata rahsia yang mungkin kita boleh kongsi dan amalkan bersama bagi memastikan hubungan kekeluargaan kita senantiasa bahgia hingga ke syurga.. AMin

Rahsia Berkasih Sayang Suami dan Isteri
1. Ikhlaskan perasaan kasih sayang kerana ALLAH S.W.T
2. Menjalin hubungan dengan penuh ketelusan
Kata Pamela Wilson dalam Reader's Degest " Wives and husbands in satisfying long marriages like one another, enjoy being together and enjoy being talking to each other. They enjoy each other physically too."
3. Saling Menghubungi antara satu sama lain walaupun seminit.
4. Seimbangkan antara waktu bekerja dengan waktu bersama pasangan
5. Lihat aspek positif pada diri pasangan
6. Mengambil berat hal pasangan
(Sumber : "Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari", Zahazan Mohamed, 2008)
Erm..dah la kot...bebel panjang2 nanti korang bosan plak...huhuhu...tgk2 la gambar yang ada ni...


















Hanya Satu

Demi Masa

Kata Hikmah Minggu Ini

About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
dalam diri aku ada seketul hati yang padanya aku sedang berusaha untuk membersihkannya. Mohon kekuatan dan keikhlasan kepada tuhan untuk aku terus berada di atas landasan yang haq dan mati dalam agama islam dan berada dalam rahmat dan perlindungannya..AMIN