My 2nd Honeymoon...@ Colmar Tropika, Bukit Tinggi, Pahang









Special Thanks to individual and organization that giving us opportunities to went and stayed at Colmar Tropika, Bukit Tinggi, Pahang...May ALLAH Bless us..Amin

Berjumpa Pemimpin Negara...

Assalammualaikum...
Jangan xpercaya..pada ari jumaat lepas iaitu 16 hb Oktober 2009 adalah merupakan cuti peristiwa bagi sekolah sensei..kita sekali cuti tambahan bagi perayaan deepavali la...ops...sebelum tu.."Hepi Deepavali" kepada seluruh masyarakat india yang beragama hindu...
Sebenarnya hari tu sensei pergi ke PWTC bersama isteri sensei..isteri kena jaga kaunter kementerian dia pada waktu Mesyuarat Agong Umno. Senseipun apa lagi, sambil teman isteri mula la xtvt menangkap gambar..ramai gak hadirin yang hadir haritu..tapi kot mana pun sempat la sensei bersalaman dan mengambil gambar pemimpin2 negara masa kini...Check it out.....


Bergambar bersama potrait PM


Antara pemimpin negara


Tu dia...PM kita..
Dato Seri Najib Tun Razak

KEHEBATAN DAN KEKUATAN ISTERI...Part 1






ISTERI adalah anugerah tuhan yang cukup besar kepada lelaki. Peranan isteri dalam menjadikan institusi kekeluargaan bahagia dan harmoni. Pengorbanan isteri cukup sensei kagumi. Walaupun kerja di pejabat, namun tetap berusaha memastikan keperluan suami dan anak2 di rumah terjaga. Walaupun ada setengah2 keadaan menghadapi suami yang "nakal" dan tidak berperikemanusiaan, namun keperluan tetap dijaga.. Berikut adalah sedikit coretan tentang kehebatan dan kekuatan isteri yang sensei kira harus dikagumi dan diberi perhatian oleh para suami dalam memastikan keharmonian rumah tangga berkekalan hingga ke syurga.. Amin..

1. ISTERI SEBAGAI TULANG BELAKANG
Perempuan sangat bererti bagi seseorang lelaki kerana tanpa wanita di sisi, faktor2 berikut akan berlaku:-
i- Zuriat tidak bertambah
ii-Tidak wujud gelaran suami
iii- Tiada teman untuk bergurau senda
iv- Kurang kekuatan dan kesempurnaan untuk melaksanakan ibadat.

Kejadian perempuan adalah lemah kerana diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok, oleh sebab yang demikianlah kadang kala golongan hawa ini sukar dibentuk melainkan dengan kebijaksanaan, hikmah serta kesabaran yang tinggi dan doa kepada tuhan.

Keadilan ALLAH S.W.T kepada kaum perempuan :
i - Kelonggaran dalam soal ibadah dengan kedatangan haid dan nifas.
ii - Tidak perlu berjemaah di masjid atau surau.
iii - Tidak diwajibkan untuk mencari nafkah
iv - Tidak diwajibkan untuk berperang
v - Mudah mendapat syurga seandainya ikhlas terhadap suami, memelihara kehormatan diri dan keluarga.

Banyak lagi keistimewaan yang ALLAH Taala berikan kepada kaum hawa dalam melengkapkan perjuangan suami di atas muka bumi ini. Namun begitu pesan sensei kepada kaum lelaki, isteri adalah amanah yang telah ditetapkan oleh ALLAH ke atas diri kita. Peliharalah dan bentuklah amanah yang diberikan mengikut kehendak ALLAH dan RASUL dengan penuh hikmah dan bijaksana sebagaimana hadis berikut :

"Abu Hurairah r.a berkata : Bersabda Rasulullah S.A.W : Berpesan- pesan baiklah terhadap perempuan, kerana wanita itu terjadi daripada tulang rusuk yang bengkok, maka kalau kau paksa meluruskannya dengan kekerasan pasti patah, dan jika kau biarkannya tentu ia tetap bengkok, kerana itu berpesan-pesan baiklah terhadap wanita itu "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rujukan :
1. Mohd Subhan Ma (2006). " Curahan Kasih Suami ".Darul Nu'naim
2. Imam Abu Zakaria Yahya bin Syaraf Annawary (1995). "Terjemahan Riadhus Shalihin
Jilid 1 & 2"Victory Agencie

p/s : Mohon kecintaan kami suami isteri bertambah dan berkekalan hingga ke syurga. Amin..Abg cayang Sayang... :-)

TANDA NYATA HAMPIR KIAMAT DI ANGKATKAN ILMU


Anas bin Malik r.a pernah bertanya para sahabat. " Tidak mahukah kamu sekiranya saya memberitakan sebuah hadis yang saya dengar daripada Rasulullah S.A.W di mana beliau tidaklah menceritakan kepada seseorang sesudah saya, baginda bersabda:

" Sesungguhnya antara tanda-tanda nyata (hampir) hari kiamat adalah :
1. Diangkatkan ilmu (agama)
2. Timbulnya kejahilan

3. Berkembangnya penzinaan

4. Meminum arak yang menjadi-jadi

5. Susutnya lelaki dan tinggal( ramainya) perempuan sehinggakan seorang lelaki
mengawal lima puluh orang perempuan. "
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran Hadis

Sedar tidak sedar betapa kita makin hampir di dunia akhir, akhir, akhir zaman. Cuba kita hayati hadis di atas, ternyata perkara2 yang disebutkan oleh junjungan kasih Rasulullah S.A.W ternyata berlaku dalam dunia kita hari ini. Berapa ramai masyarakat kita hari ini khususnya remaja kini. Berlakunya kejahilan ilmu agama, penzinaan dan meminum arak tanpa ada takut pada azab ALLAH S.W.T. Moga tuhan memberi kita petunjuk dan hidayah dan terhindar dari tergolong dalam golongan yang dimaksudkan oleh Rasulullah..AMIN

Rujukan
Abdullah Al-Qari Bin Haji Salleh(2006). 40 Hadis Motivasi Ilmu.

Hanya Satu

Demi Masa

Kata Hikmah Minggu Ini

About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
dalam diri aku ada seketul hati yang padanya aku sedang berusaha untuk membersihkannya. Mohon kekuatan dan keikhlasan kepada tuhan untuk aku terus berada di atas landasan yang haq dan mati dalam agama islam dan berada dalam rahmat dan perlindungannya..AMIN