9 PETUA DOA MUSTAJAB

BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa
antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit
dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya
berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan
menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan
daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak
doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya.
Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran
ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika
sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok,
pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika
kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan
syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang
bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila
beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang
membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi
dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu
baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat
menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan
dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."


Mati a.k.a Sakaratul Maut


Kematian ada perkara yang wajib terjadi ke atas setiap manusia.. Sensei baru sahaja kehilangan nenda pada minggu lepas, 20 Januari 2009 pada pukul 1255pg(Moga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman, AMIN).Walaupun tidak lama sensei dapat bersama dan menjaga arwah kerana tinggal berasingan. Namun sensei bersyukur kerana dipilih oleh ALLAH untuk bersama arwah hingga ke hembusan nafasnya yang terakhir. Sensei bersyukur kerana keadaan yang berlaku pada arwah dihadapan sensei sedikit sebanyak mendekatkan diri sensei kepada tuhan, ingat akan mati dan sentiasa bersedia menghadapi sakaratul maut.Disini bukan sensei hendak menceritakan mengenai mati, tetapi sebaliknya..iaitu petanda yang tuhan perlihatkan keatas si mati sebelum tiba masanya dan juga petanda yang boleh dijadikan iktibar dan persediaan ahli keluarga.Insyaallah...

Baiklah, berikut adalah diantara tanda-tandanya........

1. TANDA 100 HARI SEBELUM MATI
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanap... semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran iniakan berhenti dan hilang setelah kita sedarkan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2. TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kitaakan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikutikita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

3. TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

4. TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

5. TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

6. TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
wallahualam...

p/s: Moga huraian ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian .. RENUNG-RENUNGKAN dan SELAMAT BERAMAL(cek pinjam sat no ustaz...)....

Hanya Satu

Demi Masa

Kata Hikmah Minggu Ini

About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
dalam diri aku ada seketul hati yang padanya aku sedang berusaha untuk membersihkannya. Mohon kekuatan dan keikhlasan kepada tuhan untuk aku terus berada di atas landasan yang haq dan mati dalam agama islam dan berada dalam rahmat dan perlindungannya..AMIN