TANDA NYATA HAMPIR KIAMAT DI ANGKATKAN ILMU


Anas bin Malik r.a pernah bertanya para sahabat. " Tidak mahukah kamu sekiranya saya memberitakan sebuah hadis yang saya dengar daripada Rasulullah S.A.W di mana beliau tidaklah menceritakan kepada seseorang sesudah saya, baginda bersabda:

" Sesungguhnya antara tanda-tanda nyata (hampir) hari kiamat adalah :
1. Diangkatkan ilmu (agama)
2. Timbulnya kejahilan

3. Berkembangnya penzinaan

4. Meminum arak yang menjadi-jadi

5. Susutnya lelaki dan tinggal( ramainya) perempuan sehinggakan seorang lelaki
mengawal lima puluh orang perempuan. "
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran Hadis

Sedar tidak sedar betapa kita makin hampir di dunia akhir, akhir, akhir zaman. Cuba kita hayati hadis di atas, ternyata perkara2 yang disebutkan oleh junjungan kasih Rasulullah S.A.W ternyata berlaku dalam dunia kita hari ini. Berapa ramai masyarakat kita hari ini khususnya remaja kini. Berlakunya kejahilan ilmu agama, penzinaan dan meminum arak tanpa ada takut pada azab ALLAH S.W.T. Moga tuhan memberi kita petunjuk dan hidayah dan terhindar dari tergolong dalam golongan yang dimaksudkan oleh Rasulullah..AMIN

Rujukan
Abdullah Al-Qari Bin Haji Salleh(2006). 40 Hadis Motivasi Ilmu.

Hanya Satu

Demi Masa

Kata Hikmah Minggu Ini

About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
dalam diri aku ada seketul hati yang padanya aku sedang berusaha untuk membersihkannya. Mohon kekuatan dan keikhlasan kepada tuhan untuk aku terus berada di atas landasan yang haq dan mati dalam agama islam dan berada dalam rahmat dan perlindungannya..AMIN