KURSUS INDUKSI KUMPULAN 1 AMBILAN 7/ 2009
Salam Ramadhan AL-Mubarak
"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna"
"Agar dapat ku tempuhi dengan sempurna"
Itulah antara lirik2 yang hebat bekumandang menjelang Ramadhan setiap tahun. Nyanyian Man Bai dan kumpulan Raihan.. Bukan sekadar nyanyian semata-mata. Kita sebagai makhluk tuhan diatas muka bumi ini perlu menghayati dan melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini dengan bersungguh-sungguh dan seikhlas hati. Menjaga perkara yang membatalkan puasa atau mengurangkan pahala ibadah kita.
Apabila berkata tentang puasa, banyak faedah yang boleh kita perolehi daripadanya. Nyata ilmu ALLAH sangat luas dan setiap perkara yang diadakan ini mempunyai berbagai khasiat atau faedah untuk fizikal mahupun bukan fizikal. Selain dapat menjauhkan nafsu yang ada dalam diri kita, puasa juga terbukti berkesan dari sudut kesihatan.
Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, "Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut."Dalam ilmu biologi pula, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas.Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang.
Jelaslah bahawa puasa sememangnya memberi banyak manfaat kepada kita. Jadi dikesempatan ini sensei ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Mohon bebanyak keampunan. Moga kita sentiasa dalam rahmat dan redha ALLAH.
Majlis Resepsi Mat AMin
Pasangan Pengantin Amin & Effa
APa yang korang tgk tu?Tgk bapa mertua tak sampai lagi ke?
Candid pictures
Mak Ndak dan Pak Ndak